01 · Kewangan · Pemberi pinjam wang
Sistem Pengurusan Pelanggan & Komisen Kewangan
SebelumTerlalu ramai pelanggan. Terlalu ramai ejen. Terlalu banyak bayaran. Terlalu banyak spreadsheet.
SelepasSatu sistem untuk nampak seluruh perniagaan.
Baca cerita penuh
Masalahnya
Perniagaan ini ada terlalu ramai pelanggan, ejen, jabatan dan peringkat bayaran untuk dijejak secara manual.
Bayaran boleh masuk pada masa yang berbeza. Bayaran balik perlu dipantau. Pengeluaran wang perlu direkod. Komisen ejen perlu dikira dengan betul.
Pengurusan juga perlu tahu berapa hasil yang datang daripada setiap pelanggan, ejen dan jabatan.
Bila semua dalam Excel, WhatsApp dan rekod berlainan, senang terlepas. Satu peringatan lambat. Satu komisen salah. Satu rekod tak dikemas kini. Lepas tu semuanya makin susah dikawal.
Apa yang saya bina
Sistem pengurusan pelanggan dan komisen kewangan yang sulit, yang simpan semuanya di satu tempat. Ia menjejak:
- Rekod pelanggan
- Sejarah bayaran
- Status bayaran balik
- Pengeluaran wang
- Komisen ejen
- Hasil jabatan
- Hasil pelanggan
- Bayaran tertunggak
- Peringatan bayaran akan datang
- Prestasi ejen
- Rekod ikut pelanggan
- Rekod ikut jabatan
Pengurusan nampak seluruh bisnes dalam satu dashboard. Tak perlu tanya orang berlainan untuk laporan. Maklumat peribadi pelanggan disimpan di satu tempat yang selamat.
Apa yang jadi lebih senang
Perniagaan kini boleh faham apa yang berlaku dengan jauh lebih cepat.
Bayaran lebih senang dijejak. Perkara tertunggak lebih senang di-follow up. Komisen lebih senang dikira.
Pengurusan boleh nampak ejen dan jabatan mana yang berprestasi. Sejarah pelanggan boleh disemak tanpa perlu cari dalam mesej dan spreadsheet lama.
Cara kerja yang sangat manual kini kemas dan teratur.